Headlines News :
Home » » 800 Unit Adalah Keputusan Awal

800 Unit Adalah Keputusan Awal

PETALING JAYA: Pemberian 800 unit saham Felda Global Ventures (FGV) Holding Berhad kepada sebuah keluarga peneroka adalah keputusan awal Felda dan peneroka  juga telah bersetuju, kata sebuah NGO yang rapat dengan Felda  hari ini.
Bagaimanapun, Gabungan Peneroka Wawasan Felda (GWPF) berkata,  saham untuk pekerja Felda serta agensinya lebih banyak berdasarkan kekananan jawatan.
Timbalan Presiden GPWF, Datuk Abdullah Abu Bakar yang dihubungi, bagaimanapun, tidak dapat menyatakan jumlah saham FGV untuk pekerja Felda.
Mengenai, peneroka Felda yang tidak berpuas hati pemberian saham 800 unit untuk sebuah keluarga, Abdullah berkata, mereka mungkin kerana tidak memahami isu sebenar.
“Berdasarkan maklumat awal daripada maklum balas yang diterima, majoriti peneroka dari tanah rancangan Felda di seluruh negara menerima baik pembahagian saham 800 unit setiap keluarga.
“Mereka memberitahu, jika saham yang diterima banyak sangat, mereka  bimbang tidak dapat membayar balik pinjaman bank,” kata Timbalan Presiden GPWF, Datuk Abdullah Abu Bakar.
Beliau menjelaskan, dalam taklimat yang diberikan kepada wakil-wakil pemimpin peneroka boleh menambah berdasarkan pinjaman bank yang dibuat.
Kurang satu lot

“Peneroka boleh membuat pinjaman sehingga RM100, 000 melalui bank-bank yang dilantik,” kata beliau lagi.

Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas laporan peneroka Felda dari beberapa rancangan di Pahang  yang mahu Felda menambah saham mereka dari 800 unit sekeluarga kepada 1, 000 unit.
Beliau juga menjelaskan penerangan mengenai FGV telah diberi kepada ketua blok peneroka yang seterusnya menyampaikan pula kepada peneroka di kawasan masing-masing.
Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya tidak dapat memastikan sama ada semua peneroka dapat memahami perjalanan FGV ini.
“Dari suara-suara yang kita dengar ramai yang tidak memahami mengenai saham ini kerana ia benda baru kepada peneroka,” katanya.
Abdullah berkata, walaupun 800 unit saham FGV itu tidak mencapai satu lot mungkin dianggap sedkiti tetapi mereka menerima `durian runtuh’ RM15, 000.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 

Copyright © 2012. Bentong News - All Rights Reserved
Template Created by Che_Wan
Proudly powered by Blogger