Headlines News :
Home » » Stadium Hoki Kuantan Kini Bertaraf Antarabangsa

Stadium Hoki Kuantan Kini Bertaraf Antarabangsa


LAMPU hijau diberikan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) berhubung kesediaan Stadium Hoki Kuantan sebagai venue kejohanan bertaraf antarabangsa cukup melegakan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) yang yakin itu antara petanda memungkinkan kejohanan bertaraf dunia bakal diadakan di Pahang dalam masa terdekat ini.

Stadium Hoki Kuantan sedang dinaik taraf untuk Sukan Malaysia (Sukma) XV dan ternyata kerja penambahbaikan itu bukan sekadar kejohanan dalam negara semata-mata.


Presiden MHC, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, Stadium Hoki Kuantan sudah diberi kelulusan dari FIH untuk menganjurkan kejohanan hoki di peringkat antarabangsa.



“Berdasarkan tinjauan Presiden FIH (Leandro Negre) semalam, beliau berpuas hati dan tidak menolak kemungkinan kejohanan besar diadakan di sini.


“Kami memang bersedia menjadi tuan rumah bagi kejohanan besar bukan saja Asia, malah dunia. Pada masa sama, kejohanan sebesar itu akan memberi faedah kepada skuad hoki negara,” katanya.



Sementara itu, Negre berkata, berdasarkan pemerhatiannya, Stadium Hoki Kuantan sesuai dijadikan venue pertandingan bertaraf antarabangsa dan semua keperluan di stadium berkenaan adalah mengikut standard yang ditetapkan badan induk dunia itu.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 

Copyright © 2012. Bentong News - All Rights Reserved
Template Created by Che_Wan
Proudly powered by Blogger