Headlines News :
Home » » AYUH ANWAR! SAHUT CABARAN INI!!!

AYUH ANWAR! SAHUT CABARAN INI!!!

...Surat Dari Ummi Kepada Tun Dr. Mahathir 1997...

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Sepertimana yang kita semua sedia maklum, Anwar Ibrahim dikatakan pantang dicabar. Beliau menobatkan diri beliau seorang pejuang dengan slogan "LAWAN TETAP LAWAN!!!" yang sering dilaungkannya selama ini.

Malah beliau mula panas punggung apabila isu APCO yang diketengahkan dipertikai sehingga membawa kepada penggantungan beliau dari menghadiri sidang Parlimen selama 6 bulan.

Beliau melompat mengadakan Ceramah ke serata pelusuk Negara dalam siri Gelabahnya bagi menjelaskan mengenai WikiLeaks.

Beliau juga turut dikatakan akan mengambil tindakan undang - undang terhadap Utusan dan Tun Dr. Mahathir kerana mengeksploitasikan pendedahan dari WikiLeaks itu. Kata beliau, ianya Fitnah Yang Jahat.

Tetapi apa yang menghairankan ialah tindakan beliau terhadap pendedahan yang dibuat oleh Ummi Hafilda dalam blog Srikandi 7.

Kenapa beliau hanya menyepikan diri? Kenapa tidak ada tindakan yang diambil? Kenapa beliau tidak turut mempertikaikan kenyataan Ummi dalam sesi ceramah beliau?

Banyak persoalan yang tidak dijawab oleh beliau. Malah mereka yang berkaitan juga dilihat seperti sengaja mengelakkan diri. Kenapa Azmin dan Shamsidar hanya mendiamkan diri padahal nama mereka ada dalam tulisan Ummi selama hari ini?

Mustahil Anwar, Azmin dan Shamsidar tidak sedar dengan kewujudan blog Ummi itu. Walhal mereka (Anwar dan Azmin) memiliki blog masing - masing.

Tetapi kenapa tidak ada respon pun dari mereka melalui blog masing - masing? Tidak pelikkah pengikut - pengikut setia beliau yang terus membalun Ummi dalam blognya?

Apa kata, pengikut - pengikut tegar si Ketua Penipu itu mendesak beliau agar mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Ummi jika apa yang dilaporkannya tidak benar.

Adakah Anwar berani menyahut cabaran ini? Atau terus diam membutakan diri dan membiarkan rakyat serta pengikutnya terus tertanya - tanya?

PK.
Share this article :

2 comments:

  1. hidup nuar utk terus dicelakakan...........................

    ReplyDelete

 

Copyright © 2012. Bentong News - All Rights Reserved
Template Created by Che_Wan
Proudly powered by Blogger