Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.
Nampak sangat agenda utama mereka bukanlah untuk memperjuangkan nasib rakyat. Tetapi sebaliknya hanya mempertahankan sesetengah individu sahaja.
Hari terakhir Sidang Dewan di Parlimen semalam menyaksikan kekecohan yang ditimbulkan oleh puak - puak pembangkang ibarat 'Monyet Dalam Zoo' sahaja.
Ini disebabkan keputusan Dewan untuk menggantung 4 orang ahli Parlimen dikalangan mereka dari menghadiri sidang Dewan selama 6 bulan.
Diantara yang terlibat ialah Ahli Parlimen Permatang Pauh, Gombak, Ipoh Barat dan Bukit Gelugor.
Namun dakwaan dari laman blog Pro Pembangkang Pahang menyatakan dakwaan terdapatnya 'tangan ghaib' dalam keputusan yang dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Malah, laman blog tersebut juga turut menyatakan bahawa Kerajaan mula takut dengan Ketua Pembangkang dan akan menghumban beliau ke dalam Penjara.
Persoalannya, adakah si ketua pembangkang itu seorang yang berani? Kalau dia berani, kenapa asyik ditangguhkan kes perbicaraan beliau dimahkamah?
Ternyata, tindakan menuduh dan mendakwa membabi buta seperti yang dibuat oleh mereka itu hanya 'wayang' untuk menutup agenda sebenar.
Mereka jelas tidak mendahulukan rakyat walaupun sudah dapat duduk dalam Parlimen. yang mereka tahu hanyalah menimbulkan kekecohan saja.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !