Headlines News :
Home » » DUN Beserah : Karung Plastik Janji Kosmetik

DUN Beserah : Karung Plastik Janji Kosmetik

Ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama. Baru-baru ini AKU WARIS PAHANG minum di sebuah gerai makan, seorang mamat ni sedang hadapi masalah. Dia tidak tahu mahu mengadu kepada siapa, mahu mengadu kepada PAS dia mencebekkan muka (maksudnya PAS tak boleh diharap). Katanya daripada dia mengadu ke PKR (pun tak boleh harap) baik dia mengadu ke DAP (menyindir PAS dan PKR yang tidak perjuang nasib rakyat).

Kata seorang rakannya dari engkau mengadu ke DAP, baik engkau mengadu kepada parti kerajaan sekarang. Rakannya sanggup bantu menyelesaikan masalah tersebut dengan membawa masalah itu ke pihak atasan. Mamat tadi setuju dan bertaubat tidak akan sokong pembangkang lagi.

Maknanya PAS yang menang di DUN Beserah sekarang tidak pandai membela nasib rakyat. Khabarnya sudah ada orang PAS bernama 'MI' mengintai-intai kerusi DUN Beserah kerana YB yang ada sekarang dikatakan tidak mesra rakyat.

Orang bernama 'MI' ini juga adalah spesis yang pandai bercakap sahaja. Kita mesti ingat kalau hanya pandai berceramah di pentas dan menyentuh isu-isu nasional, tidak akan menyelesaikan masalah rakyat.

Mudahnya ADUN PAS Beserah merayu kepada hadirin yang hadir semasa Ceramah Anwar di Beserah baru-baru ini, persolaannya apakah khidmat yang telah kamu berikan kepada masyarakat DUN Beserah?. Kalau hanya setakat beri karung makanan berisi bahan makanan semasa musim banjir ini, ianya tidak menggambarkan khidmat kepada rakyat secara keseluruhannya.

Inilah masalahnya, PAS tersangat lemah tetapi cita-citanya mahu menguasai Putrajaya terlalu tinggi hingga sanggup berkawan dengan DAP dan membuat fitnah-fitnah yang akhirnya memburukkan PAS kembali atau 'senjata makan tuan'. Sedarlah DAP hanya jadikan PAS sebagai kuda tunggangannya sahaja.
Lebih baik penduduk di DUN Beserah ajar mereka dengan tidak payah beri undi kepada PAS dalam PRU ke 13 nanti. Jangan bohong rakyat DUN Beserah, ingat orang DUN Beserah tiada maruah ke?.
Share this article :

1 comments:

  1. Allamq, tersalah mengundi Bulan lah PRU12 air tu..
    satu keluarga tersalah ngundii.......
    Air tu, minum ngan YB pun, Rakyat yg to long bayar,
    Minim dia pun x lepasss, macamm mane nak to long Rakyat niii !

    ReplyDelete

 

Copyright © 2012. Bentong News - All Rights Reserved
Template Created by Che_Wan
Proudly powered by Blogger