Headlines News :
Home » » GUNA AKAL, ANUGERAH ALLAH!!!

GUNA AKAL, ANUGERAH ALLAH!!!

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Khutbah Jumaat di masjid hari ini mengenai akal sebagai Anugerah Allah S.W.T kepada seluruh umat manusia.

Dalam banyak - banyak makhluk ciptaan Allah, hanya manusia sahaja yang diberikan akal untuk mereka berfikir seterusnya membezakan dengan makhluk lainnya.

Maka, adalah wajar bagi setiap manusia terutamanya umat Islam menghargai Anugerah yang diberikan ini sebaik mungkin berlandaskan hukum syariah Islam.

Gunakanlah akal yang ada untuk berfikir sedalam - dalamnya dengan melihat kejadian - kejadian yang berlaku sekeliling kita. Apa yang ada dihadapan mata perlu direnungkan secara makrifahnya.

Jangan kita menzalimi diri dengan mengabaikan akal dan menurut segala kemahuan nafsu semata - mata sampaikan tuntutan syariah itu kita abaikan.

Jangan sampai taksub dengan sesuatu kita lupakan apa yang wajar dilakukan. Walaupun ianya jelas terbukti depan mata, tetapi kenapa masih kita menidakkannya?

Bak kata pepatah Inggeris: Mind Over Matters. Bukan sebaliknya.

PK.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 

Copyright © 2012. Bentong News - All Rights Reserved
Template Created by Che_Wan
Proudly powered by Blogger