Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.
Sesungguhnya kehilangan seorang pejuang siber seperti Yang Gambi memang amat dirasai dikalangan blogger - blogger.
Tidak dinafikan, sentuhan dalam penulisan beliau mampu mengganggu - gugat puak - puak Pro Pembangkang terutamanya di Negeri Pahang.
Jasa beliau cukup besar dalam bidang penulisan blog semata - mata demi perjuangan Agama, Bangsa dan Negara khususnya buat pertualang - pertualang Negara.
Beliau hanya sempat menulis satu artikel sahaja dalam ruangan blog Pahang KU ini mengenai Tuduhan Rogol Terhadap Rais Yatim Adalah Fitnah Jahat.
Manakala artikel terakhir beliau dalam blog Aku Yang Gambi pula memaparkan artikel bertajuk Karpal Singh Peguam Dan Juga Saksi. Artikel tersebut mempertikaikan tindakan Karpal dalam isu Kes Liwat yang melibatkan Anwar.

Sudah jelas bahawa harapan terakhir patriot besar ini ialah untuk mendapatkan kebenaran dan beliau menuntut kebenaran itu dari Karpal dan Anwar.
Jadi, tidak salah kalau dikatakan bahawa Anwar dan Karpal perlu dipertanggungjawabkan dan mereka kini 'Berhutang' dengan Allahyarham.
Sekarang, macamana mereka nak bayar dan melangsaikan hutang ini?
PK.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !