Headlines News :
Home » » Banjir Di Pahang Masih Belum Reda

Banjir Di Pahang Masih Belum Reda

Banjir di Pahang masih belum reda dengan jumlah mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara terus meningkat manakala keadaan di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor, semakin pulih.
 
Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, jumlah mangsa di pusat pemindahan banjir meningkat kepada 2,081 orang berbanding 1,777 mangsa semalam. Ia membabitkan 1,783 orang daripada 231 keluarga di Rompin dan seramai 83 keluarga melibatkan 298 orang di Lanchang, Temerloh,.

Mangsa banjir di Rompin pula ditempatkan di enam pusat pemindahan iaitu Pusat Komuniti Bukit Serok seramai 1,216 mangsa, Balai Raya Kampung Rekoh (168), Dewan Tun Razak (298) dan Dewan Teluk Gading Tanjung Gemok (83).
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 

Copyright © 2012. Bentong News - All Rights Reserved
Template Created by Che_Wan
Proudly powered by Blogger