Headlines News :

Ketika kami tiba (5.4.2011) tidak langsung terasa bahawa Sarawak sedang menghadapi Pilihan Raya Negeri. Dari Lapangan Terbang hingga ke Hotel dimana kami tinggal, saya menoleh kekiri dan kanan mencari-cari petunjuk mengenai pilihan raya berkenaan namun tidak ada apa yang kelihatan. Tidak ada bendera dan banner. Mungkinkah masih awal tanya hati saya?

Ketika kami tiba di hotel dan diberikan taklimat ringkas, baru kami sedari bahawa disini, suasana politiknya berbeza sama sekali. Rakyat disini sudah terbiasa memilih dalam suasana tenang tanpa adanya sebarang tekanan. Justeru tidak perlu terlalu banyak bendera dan banner, Tidak juga disenangi dengan sebarang ceramah dan rapat umum. Segalanya sangat asing bagi mereka.

Saya sempat mengikuti sesi penamaan calon di DUN N15, Muara Tuang hanya sekitar hampir 200 orang penyokong yang hadir bagi kedua-dua calon, Tiada sebarang perarakan meriah yang mengiringinya, hanya sesekali teriakan sebagai tanda sokongan terhadap calonnya.

Menyelami perasaan sebahagian dari pengundi yang kami temui, saya percaya tidaka akan banyak perubahan yang akan berlaku selepas PRN kali ini. Tidak akan ada perubahan kerajaan kerana nyata rakyat Sarawak  masih sayangkan kerajaan yang ada.

Saya sesekali teringatkan lagu 'Sayang Sarawak'. Saya merasakan bahawa rakyat Sarawak bukan lagi sayangkan kepada sungai Sarawak itu, yang memberikan nadi kepada kehidupannya, bahkan mereka sayangkan negeri mereka sendiri.

Maaflah! Anu arr sebenarnya bermimpi jika meraskan bahawa gelombang yang dibawanya akan mengubah kerajaan negeri. Bukan kerana kerana beliau seorang peliwat tegar, bukan kerana jam omeganya yang hilang tetapi rakyat Sarawak tidak inginkan cara berpolitik di semenanjung dibawa kesini.










Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 

Copyright © 2012. Bentong News - All Rights Reserved
Template Created by Che_Wan
Proudly powered by Blogger