PAGOH: Kerajaan sudah membuat keputusan muktamad berhubung isu novel Interlok dan tidak akan tunduk terhadap tekanan mana-mana pihak, tegas Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Isu ini sudah selesai. Saya tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak yang mendesak, sama ada ia dipinda atau ditarik balik, saya tidak akan kompromi.
“Ini sudah jadi keputusan kerajaan yang sudah diumumkan dalam Parlimen dan sudah disahkan. Kita berpegang kepada penyelesaian isu ini dan tidak mahu ia terus dipolitikkan, " katanya kepada pemberita selepas menyampaikan agihan bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir yang melanda sekitar daerah Muar pada awal Februari lalu di Kompleks Sukan Pagoh, semalam.
Muhyiddin berkata, isu Interlok kini sengaja ditimbulkan semula pembangkang di sebalik NGO terbabit, sebagai strategi menghidupkan isu berkenaan bagi menyemarak rasa benci kaum tertentu kepada kerajaan.
Timbalan Perdana Menteri berkata, pembangkang mempolitikkan isu novel terbabit sebagai alat untuk meraih sokongan politik kerana menyedari kempen pilihan raya negeri Sarawak yang bakal diadakan.
“Mereka melihat kepada pilihan raya Sarawak dan isu ini bertujuan meraih sokongan politik secara memperalatkan Interlok. Saya sudah tahu muslihat mereka.....(Berita Harian Online)
Kita sangat menyokong ketegasan yang ditunjukkan oleh kerajaan terutamanya oleh TPM sendiri dalam hal ini. Selain dari tujuan meraih simpati dan sokongan politik, pihak-pihak berkenaan juga dilihat sengaja mengambil kesempatan terhadap sokongan rakyat yang masih belum benar-benar pulih terhadap BN untuk memberikan tekanan kepada kerajaan bagi kepentingan golongan tertentu.
Mereka ini adalah pengkhianat negara yang bertujuan untuk perlahan-lahan merampas semangat dan moral kaum Melayu selaku peribumi negara Malaysia ini. Kalau dulu kerajaan telah berlembut tehadap kaum India maka kini kaum Cina yang tidak terlibat secara langsung dalam konflit berkenaan cuba kuasa mereka dengan memberikan pula tekanan kepada kerajaan. Nampaknya kaum pendatang ini masih tidak mahu bersikap jujur terhadap bangsa Melayu selaku pemilik asal negara ini.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !