YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan sebagi wakil MB Pahang merasmi Majlis Pelancaran Rancangan Kawasan Khas Kuala Tahan di Hotel Rainforest Resort, Taman Negara.
Taklimat Pembangunan Pelancongan Kuala Tahan telah disampaikan oleh seorang profesor dari UTM pada hari Khamis 31 Mei 2012 di Majlis Pelancaran Awal Rancangan Kawasan Khas Kuala Tahan.
Seperti yang semua sedia maklum tahu Kuala Tahan ialah 'Gateway to Taman Negara' yang menjadi tumpuan pelancong dunia.
Pekan Kuala Tahan perlu kemudahan infrastruktur, ameniti dan tarikan rekreasi bagi menarik minat pengunjung datang dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan.
ECER telah memperuntukkan RM5 juta bagi kajian terperinci tersebut.
Secara ringkasnya keluasan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Kuala Tahan ialah 705 hektar yang merangkumi kawasan:
- Kediaman
- Perniagaan dan Perkhidmatan
- Perindustrian
- Institusi dan Kemudahan masyarakat
- Pertanian
- Perhutanan
- Jalan/TLK
- Badan Air
Cadangan Padang Golf 9 lubang 34 hektar boleh menjadi daya penarik buat pelancong berkunjung ke Taman Negara.
Infrastrukrur penambahbaikan jalanraya, jambatan, Airport Sungai Tiang perlu bagi memudahkan aksesibiliti.
Selain dari RKK Kuala Tahan, secara terkini WZWH mahu maklumkan perkembangan terkini Projek Jalan Ulu Tembeling yang sepanjang 137.3 km melibatkan pembinaan 20 jambatan.
Projek Jalan Ulu Tembeling ini terbahagi kepada 3 Fasa:
Fasa 1 Jalan Kampung Tuit ke Kampung Pagi RM121 juta panjang 21.3 km dengan 3 jambatan dijangka siap pada 2014. Pada masa sekarang kenderaan 4WD boleh lalu dan kalau hari tidak hujan kereta Kancil boleh lepas ke Kampung Pagi.
Fasa 2 Jalan Kampung Pagi ke Kampung Mat Daling anggaran RM280 juta panjang 63 km dengan 6 jambatan. Dalam proses Reka Bentuk selama 36 bulan.
Fasa 3 Jalan Kampung Mat Daling ke Kampung Pasir Raja (Terengganu) anggaran RM280 juta panjang 53 km dengan 11 jambatan.
Maka boleh disimpulkan Projek Jalan Ulu Tembeling panjang 137 km yang melalui hutan dan bukit serta gunung itu dengan pembinaan 20 jambatan anggaran kos RM681 juta.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !