MEMILIKI impian yang sama seperti wanita lain untuk memiliki sebuah keluarga yang sempurna, penyanyi popular, Demi Lovato mahu impiannya itu terlaksana pada usia 30 tahun.
Penyanyi yang masih berusia 19 tahun itu turut mengatakan dirinya akan menggunakan masa yang ada untuk mencari calon bakal suami yang ideal dengannya.
“Kalau boleh, saya mahu tinggalkan zaman bujang bila mencecah usia 30 tahun. Pada masa itu juga, saya mahu cahaya mata supaya keluarga idaman saya lebih sempurna.
“Tetapi buat masa terdekat ini, saya hanya akan lebih fokus terhadap karier nyanyian yang masih baru dalam industri ini,” katanya.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !