Headlines News :
Home » » Peneroka Minta Tambah Unit Saham FGVH

Peneroka Minta Tambah Unit Saham FGVH


TEMERLOH: Peneroka Felda Lakum dekat Lanchang meminta Felda menambah 200 unit lagi saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) menjadikan 1,000 unit kepada setiap peneroka tanah rancangan itu.
Naib Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Rancangan Felda Lakum, Abdul Aziz Awang berkata pemberian 800 unit saham FGVH itu yang bernilai RM4.55 seunit kepada peneroka terlalu kecil jika dibandingkan dengan saham tersebut yang ditawarkan kepada kakitangan Felda.
“Keutamaan perlu diberikan kepada peneroka sepertimana kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pengumuman pemberian saham tersebut baru-baru ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Abdul Aziz berkata ramai peneroka Felda Lakum kecewa dengan pemberian 800 unit saham itu dan berharap Felda dapat mengkaji semula bagi mengelakkan pembangkang memanipulasikan perkara itu yang boleh menyebabkan timbulnya pelbagai masalah baru.
Beliau berkata pemberian 800 unit saham itu dengan nilai RM4.55 seunit, bermakna peneroka hanya memiliki saham bernilai RM3,640.
Ketua Peneroka Wilayah Felda Jengka, Sulaiman Bakar ketika dihubungi berkata sebahagian besar daripada 15,000 peneroka di 37 tanah rancangan Felda wilayah tersebut minta Felda mengkaji semula pemberian saham kepada peneroka.
Katanya rata-rata peneroka meminta saham itu ditambah sekurang-kurangnya 200 unit lagi menjadikan 1,000 unit.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 

Copyright © 2012. Bentong News - All Rights Reserved
Template Created by Che_Wan
Proudly powered by Blogger