
..."Aduh, Kantoi Jugak!!!"...
Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.
Wayang Anwar dalam drama penipuan APCOnya hari ini membawa kepada pendedahan baru. Malah pengakuan turut dibuat oleh pihak APCO Worldwide sendiri.
Dua dokumen yang turut mendedahkan penipuan si Ketua Pembangkang itu ialah surat dari APCO dan kenyataan notari berkanun dari Robert Shrum, perunding politik yang ada kaitan dengan program 'One Israel'.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini menyatakan kedua - dua dokumen tersebut membuktikan bahawa dakwaan Anwar sebelum ini adalah palsu belaka.
Nazri Aziz menjelaskan beliau turut menerima akuan bersumpah dari Robert Shrum, warga negara Amerika yang juga merupakan pakar startegi serta perunding politik.
Juga tidak benar dalam dakwaan Ketua Pembangkang itu ialah penglibatan APCO Worldwide dalam pembentukan 1Malaysia.
Firma perhubungan awam antarabangsa itu menjelaskan bahawa pihak mereka hanya mendengar mengenai 1Malaysia selepas ianya diumumkan Datuk Seri Najib awal tahun 2009.
Malah surat yang didakwa Anwar mengenai hubung kait diantara Malaysia dan Israel itu juga tidak menjelaskan tuduhan beliau.
Jadi, macam mana dia tak lari dari menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Hak Kebebasan Parlimen. Dah semua bukti yang dia ada palsu, maunya dia nak hadir. Cakap saja boleh la.
PK.
Salam kawan2
ReplyDeleteAnwar patut berterima kasih kepada Nazri kerana menggantungnya enam bulan dari menghadiri persidangan Parlimen.
Penggantungan tersebut membolehkan beliau menumpukan sepenuhnya kepada proses pembersihan diri kes liwatnya di Mahkamah.
Anwar.... hari dah senja
Warisan
Salam...
ReplyDeleteCadang kepada kerajaan agar tubuhkan suruhanjaya siasatan kewangan Anwar dan geng2nya
Warisan