Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.
Itulah dunia politik yang memberikan kita gambaran jelas mengenai puak - puak Pembangkang ini.
Kerja mereka tidak ada lain, hanya tahu memutar belitkan keadaan sahaja. Nak harapkan mereka bercakap benar, mintak maaf saja la. Jangan harap.
Karpal Singh dalam kenyataannya semalam menyatakan bahawa pada tahun 1997, beliau pernah mendesak Kerajaan untuk menyiasat mengenai 'aktiviti liar' Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, pada ketika itu beliau bertemu dengan Azizan, mangsa liwat Anwar dan meminta Kerajaan pimpinan Tun Mahathir menjalankan siasatan terhadap dakwaan tersebut.
Karpal membuat desakan atas dasar beliau sebagai Ahli Parlimen Pembangkang dan mahu perkara itu didedahkan kepada rakyat.
Tetapi hari ini, Karpal merupakan diantara Penyokong tegar Anwar Ibrahim. Malah beliau juga bertindak sebagai Peguam Bela Anwar dalam perbicaraan Kes Liwat Ketua Pembangkang itu dimahkamah.
Tak pelik ke dengan pendirian Pengerusi DAP itu? Dulu cakap lain, sekarang lain pulak yang dibuatnya. Kenapa rakyat masih tak nampak pembohongan ini?
PK.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !