Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.
Majlis Pimpinan Pusat PKR sebelum ini mengeluarkan tawaran kepada bekas Calon Ketu AMK, Badrul Hisyam untuk jawatan Timbalan Setiausaha Agung.
Sebelum ini, Badrul Hisyam jelas menyatakan bahawa beliau tidak akan menerima sebarang jawatan dalam parti itu selagi tidak mendapat penjelasan dari JPP secara bertulis.
Beliau turut menyatakan bahawa keputusan pemilihan PKR yang diadakan baru - baru ini tidak boleh diiktiraf dan beliau sendiri tidak mengiktirafkannya.
Dakwaan beliau adanya 'campur tangan' luar dan wujud kecacatan dalam pemilihan tersebut masih belum dijelaskan oleh JPP.
Maka persoalan rakyat, adakah beliau akan menerima tawaran jawatan yang dikeluarkan oleh MP PKR itu? Sanngupkah beliau mengadaikan prinsip yang beliau sendiri nyatakan sebelum ini?
Mengulas mengenai tawaran tersebut, Badrul Hisyam sendiri terkejut apabila ditanya mengenainya.
Dalam sidang media Solidariti Anak Muda Malaysia, beliau menyatakan bahawa beliau sendiri tidak dimaklumkan mengenai perlantikan serta tawaran tersebut.
Macam mana dia boleh kata dia tak tahu? Dia tak pergi konvensyen ke? Atau orang dah lupakan dia dan tidak menjemputnya?
Pandangan PK mengenai perkara ini mudah. PKR menawarkan jawatan tersebut agar si Badrul Hisham ini puas hati dan tidak lagi mempertikaikan mengenai pemilihan PKR sebelum ini.
Kalau tidak ada lagi pihak yang mempertikai, jadi semua aduan yang dibuat beliau akan senyap begitu sahaja. Rakyat juga akan melopong ditipu dek pemimpin PKR.
PK.
Assalamualaikum wbt.
ReplyDeleteMohon dilinkkan blog bawah kelolaan saya:
1. http://umnolipis2020.blogspot.com
2. http://perjuanganalifbata.blogspot.com
Sekian, terima kasih
Webmaster