Headlines News :
Home » » Kalau Di Jemput???

Kalau Di Jemput???

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Laporan hari ini mengenai Bekas Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Badrul Hisham yang dikatakan bakal menyertai parti baru Zaid Ibrahim.

Beliau kata bahawa beliau akan terus kekal bersama PKR dan akan terus menumpukan perhatian terhadap perjuangan dan pembangunan parti terutama dikalangan orang muda.

Beliau turut menolak khabar angin yang mengatakan beliau sebelum ini pernah menerima 'upah' sebanyak RM400ribu dari Zaid untuk menyokongnya.

Katanya, Zaid cukup mengenali beliau maka sebab itulah beliau tidak dijemput menyertai parti 'baru' yang diterajui oleh Zaid.

Itu sebab Zaid tak jemput. Kalau Zaid jemput, macam mana pula? Adakah beliau akan terus berjuang dalam PKR?

Namun spekulasi terbaru ialah berkenaan lantikan beliau kepada jawatan Timbalan Setiausaha Agung 1 parti tersebut.

Beliau bagaimanapun sebelum ini pernah menyatakan tidak akan menerima sebarang jawatan dalam PKR selepas tewas kepada Shamsul Iskandar.

Malah beliau turut menyatakan tidak akan menerima sebarang jawatan selagi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) tidak memberi penjelasan secara bertulis.

Sehingga artikel ini ditulis, JPP masih gagal menjelaskan mengenai perkara tersebut. Adakah ini satu lagi dakyah pembohongan yang diketengahkan oleh PKR?

Adakah mereka akan terus senyap dan diamkan mengenai perkara ini? Kalau sebelum ini, pandai sangat menuduh orang lain tak bagi penjelasan. Kalau mereka yang buat, macam mana?

PK.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 

Copyright © 2012. Bentong News - All Rights Reserved
Template Created by Che_Wan
Proudly powered by Blogger