Headlines News :
Home » » Bentong Berbau Hancing

Bentong Berbau Hancing

Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.

Laporan yang diterima dari bentong semalam, katanya hujan renyai - renyai mengiringi sesi Ceramah oleh Ketua Pakatan Pembangkang.

Anwar Ibrahim dikatakan tiba di Bentong seawal waktu Maghrib dan terus memulakan sesi ceramah tersebut.

Beliau memulakan sesi ceramah 'Maal Hijrah' malam itu dengan mempertikaikan Kerajaan yang menindas rakyat secara keseluruhannya.

Seterusnya beliau turut membezakan pembangunan Negara berbanding Negara - Negara lain termasuk Thailand, Singapura dan Indonesia. Terutamanya dalam pertumbuhan ekonomi.

Tidak ketinggalan juga beliau turut menyentuh mengenai isu Apco dan penggantungan beliau daripada menghadiri sidang Parlimen.

Beliau mendakwa bahawa beliau ada surat dari Kerajaan Israel dan juga perjanjian yang mengaitkan kerajaan tersebut dalam gagasan 1Malaysia. Walaubagaimana pun, beliau enggan mengulas bagaimana beliau memperolehi surat dari Kerajaan Israel itu.

Penutup kepada sesi ceramah tersebut beliau akhiri dengan pendedahan WikiLeaks yang kononnya Kerajaan Malaysia serta akhbar arus Perdana hanya melaporkan mengenai beliau sahaja.

Kononnya beliau dakwa bahawa pihak kerajaan dan akhbar arus perdana sengaja memadamkan bahagian yang menyebut mengenai Perdana Menteri. Sebaliknya mereka hanya memberi tumpuan kepada isu beliau sahaja.

Namun beliau tidak pula menjelaskan sama ada benar atau tidak beliau terlibat dalam aktiviti yang dinyatakan dalam pendedahan WikiLeaks itu.

Maka tidak pelik apabila sahabat - sahabat di Bentong melaporkan ada bau hancing tegit menyelubungi sekitar kawasan ceramah kerana semua yang hadir di'kencing' hidup - hidup oleh si Ketua pembangkang itu.

PK.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 

Copyright © 2012. Bentong News - All Rights Reserved
Template Created by Che_Wan
Proudly powered by Blogger