Assalamualaikum. Salam 1Malaysia.
Kalau ya pun nak menipu rakyat, takkan itu sahaja yang mampu mereka dedahkan? kalau bercerita mengenainya, sikit punya panjang lebar.
Nampak sangat portal Pro Pembangkang di Pahang ini lemah dalam menjelaskan hujah - hujahnya.

Malah turut didakwa bahawa pendedahan yang dibuat ini memeranjatkan seluruh penduduk di Malaysia.
Kalau ditelitikan betul - betul, nama syarikat yang dikaitkan mereka itu jelas membuktikan ianya syarikat dari Malaysia.
Bagaimana si Anwar Ibrahim itu menyatakan bahawa syarikat Apco ini milik Israel? Sedangkan semalam beliau sendiri menyatakan surat mengenai Apco itu berkepala suratkan Kerajaan Israel.
Masih lagi mereka GAGAL membuktikan bahawa dakwaan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang itu sebelum ini ada kaitan dengan Israel.
Malah didalam surat yang turut dilampirkan mereka itu jelas tidak ada sebarang bukti yang menyatakan nama Malaysia dan alamatnya juga bukan dituju kepada Malaysia.
Adakah ini satu lagi bentuk putar belit yang sengaja dimomokkan oleh rakyat agar mereka mempercayainya?
PK.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !