Dato Fauzi Bermimpi Jadi MB?
1. Kemanakah Dato' Fauzi Abdul Rahman selepas ini? Sebuah laman blog pro pembangkang menaruh harapan tinggi bahawa beliau adalah bakal MB Pahang.
Malah blog berkenaan dengan selamba memperkecilkan keupayaan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan menganggapnya tidak layak jadi pemimpin pembangkang negeri Pahang. Kesian dia, tapi memang saya suka dan memang saya anggap dia juga tidak layak.
2. Dato' Fauzi adalah mantan Ahli Parlimen Kuantan. Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan dari Oktober 1990 - 1995,
Setiausaha Parlimen Kementerian Tahan dan Pembangunan Koperasi (1995 -1997) dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1997 -1999).
3. Beliau juga bekas Ketua UMNO Bahagian Kuantan. Mula bertanding parlimen pada 1990. 1995 bertanding kerusi DUN Beserah dan kekal sehingga 2004.
Beliau kecewa kerana dikalahkan dalam pemilihan bahagian dan menuduh politik wang adalah punca dan penyebab kekalahannya.
4. Akhirnya beliau menyertai PKR dengan menjawat jawatan tertinggi sebagai Pengerusi PKR Negeri.
Sewaktu masih didalam BN dan ADUN Beserah lagi beliau sudah diwar-warkan akan mengosongkan kerusinya untuk membolehkan PRK diadakan sebagai tanda protes kepada BN, namun ketika itu beliau 'kurang berani'.
Beliau juga dituduh menutup mulutnya setelah disuap dengan RM4juta.
5. Dalam keadaan sokongan kepada PKR dan pembangkang semakin menurun ketika ini, serta permasalahan peribadi dan skandal yang melibatkan pemimpin PKR, apakah Dato' Fauzi masih menaruh harapan kepada pakatan pembangkang dan masih bercita-cita untuk menjadi MB Pahang?
6. Sebelum terlambat, lebih baik Dato' Fauzi segera membuat U-Turn dan kembali kepangkuan UMNO secara terhormat sebelum beliau kecundang dalam keadaan yang memalukannya kelak.
Jika segala keburukan Anu arr dan Azmin mampu dibongkar dalam suasana politik sekarang, apakah tidak mungkin sebarang isu yang melibatkan Dato' Fauzi juga akan didedahkan kepada umum menjelang PRU nanti? Kita sudah mengumpul dan ada banyak maklumat mengenainya.
7. Memadailah dengan 'Suck-Mongkol' yang tersalah lompat ke parti rasis DAP, yang masih bermimpi disiang hari. Insaflah dan hentikanlah mengkhianati bangsa dan negara sendiri.
Jadilah pejuang sebenar dan bukannya petualang. Mari cari keredhaan dan semoga jasa kita akan dikenang!
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !