Headlines News :
Home » » Fazura Nafi House Of Doll Ditaja

Fazura Nafi House Of Doll Ditaja


Dalam diam rupa-rupanya pelakon kesayangan ramai, Fazura sudah membuka butik sendiri yang diberi nama House of Doll di Jalan Telawi 3, Bangsar, Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Akhirnya impian pelakon filem Gol & Gincu ini tercapai juga. Hits memang tahu bahawa Fazura memang cukup obses dengan pakaian dan kasut, sesuai dengan status dirinya sebagai selebriti.

Jadi, apabila dia membuka butik, itu bukan sesuatu yang mengejutkan. Setidak-tidaknya, dengan pembukaan butik itu ia menunjukkan Fazura cukup bijak merencana masa depannya.

Sebelum ini pun dia sendiri pernah memberitahu tidak mahu berlakon sampai tua. Dengan adanya bisnesnya itu, ia dapatlah menampung kehidupannya kelak.

Tetapi, apa yang tidak enaknya apabila ada kata-kata nakal yang mengatakan House of Doll itu telah ditaja oleh seseorang yang rapat dengan dirinya, membuatkan Fazura berasa kurang selesa.

"Mengapa sehingga ke hari ini masih lagi ada yang berfikiran negatif seperti itu? Tidakkah mereka sedar bahawa selain berlakon, saya juga mengacara dan menjadi duta produk? Saya ada pendapatan saya sendiri melalui kerjaya bidang seni.

"Sudah-sudahlah. House of Doll ini semuanya terhasil dengan usaha dan titik peluh saya sendiri. Minta maaf! Soal taja-menaja ini tidak benar sama sekali," tegas Fazura mempertahankan dirinya.

Ha, dengar tu! Tak baik tau tuduh yang bukan-bukan. Ingat artis Malaysia sengkek sangat ke sampai tak mampu nak buka bisnes dengan duit sendiri?

Lagi satu, Fazura juga ada memberitahu yang dia sendiri memakai koleksi baju yang dijual di butiknya.
Lebih hebat lagi, pelakon jelita ini turut berkolaborasi dengan pereka fesyen yang juga teman baiknya, Rizman Ruzaini dalam menghasilkan busana eksklusif.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 

Copyright © 2012. Bentong News - All Rights Reserved
Template Created by Che_Wan
Proudly powered by Blogger